Volunteer Cash Donate Food Rescue Food Drives

Kumpul makanan ‘selamat’ untuk gelandangan

KUALA LUMPUR: Food Aid Foundation mengumpul lebih 1,000 kilogram (kg) makanan yang selamat dan masih boleh dimakan setiap hari daripada hotel dan kilang makanan untuk disumbang kepada golongan miskin dan gelandangan, di sekitar Lembah Klang.

Yayasan adalah badan bukan kerajaan (NGO) pertama seumpamanya itu diasaskan oleh usahawan, Rick Chee Yew Guan dan Faisal Ghazali, sejak 2013 bagi menyasarkan golongan terbabit termasuk anak yatim.

Pengarah Operasinya, Hayati Ismail, berkata menerusi yayasan itu, pihaknya melaksanakan program bank makanan bertujuan menyelamatkan makanan yang masih elok daripada terbuang begitu sahaja.

Katanya, makanan berkenaan dikumpul setiap hari untuk diberikan kepada lebih 142 badan kebajikan dan golongan gelandangan sekitar Lembah Klang.

“Secara purata, kita berjaya mengumpul 33,600 kg makanan setiap bulan daripada beberapa hotel di seluruh negara. Mei adalah bulan yang paling tinggi pengumpulan makanan itu memerlukan.

“Kebiasaannya setiap bulan kita mengumpul kira-kira 11,000 sehingga 30,000 kg sebulan makanan yang masih boleh dimakan dan selamat untuk diedarkan,” katanya kepada BH.

Menerusi inisiatif itu, pihaknya menyumbangkan makanan terbabit kepada golongan sasaran bagi mengelak mereka kelaparan atau kekurangan makanan disebabkan kurang berkemampuan.

“Selain di Lembah Klang, kita juga bergerak aktif di Pulau Pinang di bawah Mutiara Food Bank, hasil kerjasama kerajaan Pulau Pinang manakala di Alor Setar, Kedah dengan kerjasama Kindness Malaysia dan di Kota Bharu, Kelantan yang diuruskan sukarelawan.

“Kami prihatin terhadap pembaziran makanan iaitu kira-kira 3,000 tan metrik setiap hari yang pada asasnya tidak disentuh dan masih boleh dimakan.

“Ia boleh dimanfaatkan golongan miskin tegar dan rumah kebajikan seiring dengan tujuan kami untuk membantu membasmi masalah kebuluran dan kekurangan nutrisi dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Yayasan ini proaktif merancang membuka bank makanan di setiap negeri bagi memudahkan pengumpulan makanan ‘selamat dimakan’ selepas membukanya di beberapa negeri.

Hayati berkata, bantuan makanan itu diberikan setiap hari kepada rumah kebajikan dan keluarga miskin apabila memerlukan manakala setiap Selasa mereka akan memberi makanan itu kepada golongan gelandangan.

Pada masa sama usaha itu dilihat dapat membantu golongan yang serba kekurangan mendapatkan makanan yang sempurna untuk meneruskan kehidupan.

Selain itu, NGO berkenaan menyediakan program Sarapan Pagi, bermula Mac tahun lalu dan mengedarkan 800 pek makanan untuk sarapan kepada kanak-kanak Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Transit Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), dua kali seminggu setiap bulan.

Organisasi itu bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk program Food For Life, dua kali minggu sekali dengan memberi sarapan kepada kanak-kanak sebelum ke sekolah membabitkan kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR), Jalan Kampung Pasir.

“Bantuan ini akan diadakan berterusan dan kami bercadang untuk memberi bantuan sama kepada empat lagi PPR selepas ini,” katanya.

Malah, katanya bagi memperkasakan ibu tunggal dan golongan kurang bernasib baik, pihaknya turut mengadakan program dengan kerjasama Universiti Taylor’s menerusi latihan kemahiran selama 12 minggu.

“Mereka baru saja bergelar graduan untuk kelompok pertama dalam bidang pastri dan bakeri.

“Kami tidak mahu semata-mata menjadi NGO yang memberikan bantuan makanan tetapi pada masa sama memperkasa golongan ini menerusi kemahiran latihan supaya memudahkan mereka mendapat pekerjaan,” katanya.

Hayati yang menyertai yayasan itu pada 2015 kerana mahu menyumbang bakti dengan menjadi sukarelawan untuk

“Saya sudah terbabit dalam kerja sukarelawan dua tahun sebelum itu dan melahirkan beberapa program membantu golongan miskin bandar dan gelandangan seperti Pop Out Street.

https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2018/05/432241/kumpul-makanan-selamat-untuk-gelandangan