Volunteer Cash Donate Food Rescue Food Drives

Tesco, Food Aid hulur bantuan

KOTA BHARU – Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd tetap melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Food Aid Foundation Kota Bharu.

Program Ramadan Cook Out with Food Aid Foundation kali ini melibatkan seramai 18 kakitangan Tesco dan Food Aid yang menyediakan sebanyak 200 pek makanan berbuka puasa iaitu gulai kurma daging, ayam goreng kunyit, jelatah nanas, sambal belacan dan kuih talam pisang serta talam keladi.

Kerjasama kali ketiga melibatkan kedua-dua pihak berkenaan sempena Ramadan menggunakan konsep penghantaran makanan ke rumah bagi mematuhi arahan penjarakan sosial dalam tempoh PKP.

Artikel Penuh :https://www.sinarharian.com.my/article/82675/BERITA/Nasional/Tesco-Food-Aid-hulur-bantuan

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf